
Sulit
5 tahun
Mata tak focus dan pening
Saya wanita berumur 25 tahun. Saya ada masalah kadang mata saya tak focus dan melilau. Disebabkan itu saya jadi pening. Boleh saya tau apa punca or reason kenapa mata saya jadi mcm tu dan cara utk merawat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kerap menonton tv, laptop, telefon bimbit
- Tekanan darah rendah/tinggi
- Jangkitan virus ditelinga
- Meniere’s syndrome
- BPPV
- Anaemia
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.