
sharulkhairisudin
4 tahun
Mata tidak selesa dan pandangan kabur
Kedua-dua mata saya rasa tidak selesa. Seperti berpasir dan penglihatan kabur. Ada mengambil ubat tekanan darah tinggi iaitu Perindopril 8mg dan Amlodipine 5mg serta ubat kolesterol simvastatin usp 10 mg(makan selang sehari). Terima kasih doktor.

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Bagi mendapatkan diagnosis yanglebih tepat, pelbagai persoalan perlu untuk ditanyakan seperti durasi kabur yang anda alami, simptom lain yang turut dialami dan juga pemeriksaan mata. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Glaukoma
- Jangkitan pada mata
- Corneal abrasion
- Katarak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.