Sulit
3 tahun
Mata tidak selesa ketika membaca
Saya remaja berusia 18 tahun. Saya mengalami masalah tidak selesa ketika membaca. Ketika saya membaca, saya terasa seperti ada gangguan ketika membaca.Tetapi, saya masih mampu membaca dengan baik. Saya rasa seperti penglihatan tidak stabil. Walaupun masih dapat membaca, lama kelamaan, rasa tidak selesa ketika membaca muncul. Apakah masalah yang saya hadapi sebenarnya. adakah ia ada kaitan dengan masalah penglihatan? Adakah minda saya mengada-mengadakan masalah itu sebab saya malas membaca? Saya rasa agak risau mengenai hal ini. Terima kasih doktor.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Namun begitu, sukar bagi pihak kami untuk memberikan kesimpulan kerana kekurangan maklumat daripada kenyataan anda. Jika anda mempunyai masalah penglihatan, pemeriksaan lebih lanjut perlu dilakukan kerana terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan masalah penglihatan seperti:
- Penggunaan contact lens dengan begitu lama
- Jangkitan kuman pada mata
- Rabun mata
- Penggunaan ubat titik pada mata
- Strok
- kencing manis yang menjejaskan mata menjadi katarak
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.