
Sulit
5 tahun
Mati Pucuk dan rawatanya
Saya lelaki… Berumur 25 tahun. Saya risau… Saya sudah mengalami mati pucuk dari kehidupan saya yang salah. Apa patut saya buat? Saya buntu kerana… Kebelakangan ini… Saya merasakan alat sulit saya tidak terangsang. Bukan saya tekankan rangsangan itu… Tetapi… Seperti saya membawa pundi kencing sahaja. Saya ketagih beronani dahulu. Saya risau… Apakah patut saya lakukan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala mati pucuk ini boleh disebabkan:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu: penyakit jantung, diabetes, obesiti, kolesterol tinggi dan darah tinggi
Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
- Dapatkan ubat-ubatan
- Psikoterapi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) ataupun di link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.