
Anonymous
6 tahun
Mcm ada tanda hamil tapi baru lepas period
Saya wanita berumur 28thn…suami sy 29thn…km dah berkahwin 3tahun tp msh belum dikurniakan chya mata…sy pernah keguguran sekali…
Saya ingin tanya…
Kalau tarikh mula period saya 18/4 dan berakhir 23/4…lepas tu sy bersama suami 25/4…
Lebih kurang 3/5 saya mula rasa kurang sedap badan…mual,loya…badan cepat penat walau buat kerja sikit je…
Ade kemungkinan sy mengandung ke?sy tak cek upt lagi sbb selalu naik-ve…jadi rasa mcm terlalu awal utk cek…
Mcm mana ye doc?
Boleh bg penjelasan…bila waktu terbaik utk sy cek…sy risau gugur lagi

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Jika anda mengandung, ujian biasanya boleh mengesan hormon ini dalam air kencing anda kira-kira 10 hari selepas haid terlepas pertama anda.Terdapat juga banyak punca yang boleh menyebabkan ujian kehamilan negatif seperti,
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Kehamilan kembar
- Kehamilan luar rahim
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih