
Sulit
5 tahun
Mcm angin pasang mcm biji angin
Saya wanita 20 an. Saya rasa sakit Di bahagian bawah . Saya tak tahu dia angin pasang atau biji angin. Tapi ada benjulan di bahagian paha dan celah kelengkang. Nk gerak sakit sangat

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Angin pasang (abdominal hernia)
- Lymphadenopathy (disebabkan jangkitan)
- Ketumbuhan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.