
Sulit
3 tahun
Mcm mana nak bezakan sakit tekak biasa dengan sakit tekak covid
Saya berusia 30 tahun seorang wanita. Lebih kurang seminggu ni, saya ada rasa sakit tekak, tp cuma bahagian atas .ditambah pula, 2 minggu lepas, tekak saya ‘terluka’ sebab saya makan mknan panas.Bila saya telan air liur, terasa ada tak selesa. Bila telan air liur banyak kali, terasa ada sakit tp menelan makanan, so far tskde rasa sakit. Kadang sakit ni datang dan pergi. Selalunya bila malam dan bangun pagi, rasa sangat tak selesa. Batuk so far takde.
Saya takut ini symptom covid. Sebelum ni kami pernah postif covid, jadi segala symptom walaupun sikit amat menakutkan saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami memahami anda mengalami gejala sakit tekak dan ingin mengetahui cara membezakan sakit tekak jangkitan Covid dengan sakit tekak biasa. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sakit tekak akibat jangkitan Covid tidak dapat dibezakan dengan sakit tekak biasa tanpa menjalankan ujian swab. Terdapat banyak perkara yang boleh menyebabkan gejala sakit tekak. Gejala yang anda alami boleh berpunca daripada :
- kecederaan pada bahagian tekak disebabkan makanan panas
- pharyngitis
- tonsillitis
- esophagitis
- jangkitan pada saluran pernafasan
- GERD
Jika gejala sakit tekak anda diikuti dengan simptom lain seperti batuk, selesema, demam dan sesak nafas, kemungkinan anda mempunyai jangkitan pada sistem pernafasan seperti Influenza ataupun Coronavirus. Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mendapatkan kepastian mengenai punca sakit tekak anda. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membatntu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.