
nurulfatehah171
5 tahun
Mcm mna nk thu kandungan dah gugur
Sya pregnant 5bulan tapi kandungan sy xde rsa bergerak n perut x besar2…tapi bahagian bwh perut sakit sngt darah n tnda apa2 yg kluar xde…adakah kandungan sy dh jatuh or gugur?doktor perlu sy buat apa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, anda boleh memeriksakan kondisi kandungan anda dengan berkunjung ke doktor dan dilakukan pemeriksaan scan. Dari scan tersebut dapat dinilai usia kehamilan, berat janin serta denyut jantung janin untuk menilai apakah janin masih hidup ataupun tidak.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.