
Sulit
5 tahun
Medication for Cold Sore on Lips
Hi, Saya Lelaki berumur 29 tahun dan saya rasa saya mengalami cold sore di bibir, dan rasa berdenyut dan tidak selesa dan rasa macam membengkak. Baru harı ini saya rasa sedemikian. Saya ingin bertanya apakah ubat yang berkesan untuk mengubati rasa tak selesa ini.

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan soalan ini.
Herpes yang berlaku di mulut kebiasaannya berpunca dari jangkitan Herpes Simplex Virus (HSV)-1. Ianya kerap terjadi kepada bayi dan kanak kanak namun ia bukan perkara yang luar biasa bagi org dewasa untuk mendapat jangkitan ini. Jangkitan ini berlaku apabila terdapat sentuhan terus dari kulit orang yang sihat kepada kulit pembawa virus ini. Pada kebiasaannya, pembawa virus tidak mempunyai lepuh yang boleh dilihat di mulut. Selain itu, ia boleh juga berjangkit melalui ciuman atau pun berkongsi sudu, garfu, pisau cukur dan lipstik.
Rawatan untuk Herpes berfungsi untuk menghilangkan lepuh, kesakitan dan simptom-simptom lain namun virus itu sendiri tidak akan meninggalkan tubuh badan kita. Ia akan kekal dorman di dalam sel saraf kita dan akan menjadi aktif sekiranya terdapat demam, tekanan, pembedahan dan penyakit lain. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan agar simptom-simptom boleh dikawal.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat dan untuk mendapatkan preskripsi ubatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.