
Sulit
5 tahun
Melakukan hubungan intim
Hai doc, saya ingin bertanya, jika tiada sperma dlm faraj wanita selepas melakukan hubungan intim ( kerana pancut luar, tetapi kurang yakin krn melakukan hubungan intim dengn suami selepas 30minit yg lalu tapi hanya di luar faraj shj) adakah bahaya jika dah makan postinor 2?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, setiap hubungan seksual tanpa perlindungan mempunyai risiko untuk hamil tergantung kepada tahap kesuburan anda. Kesuburan seorang wanita biasanya pada sekitar hari ke-14 daripada kitaran haid yang normal. Postinor berfungsi mengelakkan kehamilan dengan melambatkan pengeluaran ovum, maka sekiranya anda belum datang tempoh subur, boleh dikatakan efek pengambilan ubat tersebut adalah ovum anda akan keluar lebih lambat. Secara umum, memandangkan anda telah mengambil Postinor sesuai instruksi, boleh dikatakan risiko kehamilan dicegah sebanyak hampir 95%.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.