
Sulit
4 tahun
Melakukan hubungan seks 6 hari sebelum period. dan akan tetapi tidak pancut didalam
Saya si lelaki. saya ingin menanya soalan. sekiranya saya melakukan hubungan seks pada 6 hari sebelum period pasangan saya. tetapi saya yakin saya tidak mengeluarkn sebarang air mani. atau sperma… adakah pasangan saya akan mengandung ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kehamilan boleh berlaku jika anda mengeluarkan air mani ataupun air mazi dalam faraj. Sperma yang boleh terkandung dalam air mani dan air mazi boleh hidup selama 5 hari dalam sistem reproduksi wanita. Tetapi kehamilan akan berlaku jika wanita mengalami ovulasi pada waktu kitaran haid iaitu pada hari ke-14 dalam kitaran haid. Ovulasi ialah proses di mana wanita mengeluarkan ovum 14 hari sebelum datang haid.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Melalui kenyataan anda, peratusan untuk kehamilan adalah rendah jika anda melakukan hubungan seks luar dari waktu ovulasi atau waktu subur pasangan anda.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.