
Sulit
5 tahun
Melakukan hubungan tanpa membersihkan diri
Saya dan suami telah melakukan hubungan intim selepas suami pulang dari kerja . Dia tidak mencuci kemaluannya dan terus melakukan hubungan intim adakah itu akan menyebabkan mengandung walaupun telah pancut luar?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kebersihan alat kemaluan tidak mempengaruhi kesuburan ataupun kebarangkalian untuk mengandung. Namun, setiap hubungan sulit ada risiko untuk mengandung. Untuk kepastian lanjut, anda digalakkan untuk melakukan ujian kandungan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.