
Anonymous
5 tahun
Melakukan perhubungan intim
sye baru melakukan perhubungan intim dan ikhtiar untuk mengambil pil perancang tpi di dalam arahan itu nyatakan kene mengambil 1 tablet dlm mase 72 jam slps membuat hubungan intim,dan soalan sye satu tablet means satu biji or satu papan…dan soalan nombor 2 brpe lmekah sye perlu mengambil pil itu

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,terdapat dua jenis pil perancang iaitu pil perancang sebelum hubungan kelamin dengan pil perancang selepas hubungan kelamin.
Pil perancang selepas hubungan kelamin seperti Postinor dan Escapelle mengandungi hormon progestogen yang akan membantu mencegah kehamilan. Pil-pil perancang ini hanya berkesan sehingga 72 jam selepas hubungan kelamin tanpa perlindungan. Justeru itu, pil perancang ini seharusnya diambil secepat mungkin selepas hubungan kelamin. Terdapat sejenis pil perancang yang baru di pasaran iaitu Ella, yang mengandungi bahan ulipristal acetate. Pil ini berkesan sehingga 120 jam selepas hubungan kelamin tanpa perlindungan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih