
dominic.luhat8888
5 tahun
Melecur pada kulit kanak2
Anak sy berumur 2 tahun… tiba2 ada kesan melecur dan semakin meluas pada betis nya…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat tambahan adalah diperlukan kerana sekiranya anak anda benar-benar terkena sesuatu yang melecurkan, maka anda perlu bawa segera ke klinik atau hospital. Namun jika tiada, dan terdapat sesuatu seakan-akan kesan melecur, maka maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Beberapa kondisi boleh menyebabkan kulit melihat seperti kesan melecur seperti reaksi alahan, jangkitan otak (meningitis) atau pendarahan dalaman.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.