
jaxxienegative
4 tahun
Melekat patch fentanyl secara tidak sengaja
Doktor , saya lelaki umur 20 tahun , di rumah saya mempunyai patch fentanyl 12mg , ini kepunyaan arwah ibu saya kerana dulu sakit kanser , saya tidak sengaja membuka patch ini dan lekat di ibu jari saya , namun saya hanya lekat dalam perkiraan 10 saat sahaja , apa yang perlu saya lakukan doktor , selepas melihat kesan di google buat saya takut , tolong jawab soalan saya doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami nasihatkan anda untuk tidak menggunakan sebarang ubatan tanpa nasihat doktor di masa akan datang. Hal ini kerana setiap ubat mempunyai kesannya tersendiri dan jika diguna secara tidak betul ia boleh mengundang kesan sampingan.
Antara kesan sampingan ubat ini adalah:
- hilang selera makan
- loya
- pening
- cirit
- berpeluh
Kesan sampingan yang serius pula adalah:
- masalah ketika bernafas
- tekanan darah menjadi rendah
- kelesuan dan keletihan berpanjangan
Jika anda mengalami kesan seperti di atas, disarankan untuk segera ke pusat kesihatan berdekatan dengan anda agar pemeriksaan lanjut dapat dilakukan serta rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.