
Sulit
5 tahun
Memakan candy b+ secara berterus selama 3hari
Terdapat ketulan darah dan darah apabila mengeluarkan air mani walaupun jarang bersetubuh / jarang mengeluarkan air mani, apakah tindakan perlu saya ambil selain berjumpa doktor ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Radang pada pundi atau saluran kencing
Radang pada bahagian prostate atau kantung zakar
Jangkitan pada bahagian yang dinyatakan di atas
Trauma atau kecederaan pada bahagian pundi, saluran kencing, prostate atau kantung zakar dan juga pada mana-mana bahagian di kawasan pelvik
Untuk mengetahui tindakan seterusnya atau rawatan , punca masalah yang anda hadapi haruslah diketahui. Untuk itu, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, tidak ada cara lain selain merujuk masalah ini kepada doktor. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.