
mohammadhazmielias
5 tahun
Memantau simptom saya
Saya lelaki berumur 29 tahun, pada minggu yang lalu saya menghadiri meeting di LPPKN dan saya mengetahui bahawa ada zon kuning di tandakan di kawasan berdekatan LPPKN iaitu Pertama Complex dan lln berdekatan dengan bangunan berhampiran itu.
Pada minggu ini, badan saya suhu 37.5, kerap bersin dari pukul 8pg - 11pg dan saya agak khuatir adakah saya terkena simptom2 corona tersebut. Pada hari kedua badan saya lemah sedikit dan rasa seperti mahu demam sehingga hari ini. Harini pula badan saya rasa sedikit sejuk dan alami sedikit ketar di tangan dan kaki. Adakah saya patut ke klinik terus atau pantau dulu simptom badan saya ini dengan memakan panadol dan minum air kelapa terlebih dahulu sehingga saya betul pasti saya demam?

5 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sila lakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Untuk makluman anda simptom COVID-19 boleh bertindan dengan penyakit lain. Jika anda mula untuk menunjukkan simptom, anda perlulah melaporkan diri ke hospital ataupun klinik dengan kadar segera. Pesakit akan mengalami simptom seperti berikut:
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Demam
- Sesak nafas
- Sakit badan
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini