mas.afifa98
6 tahun
Membasuh air kecil ada tikus
Saya seorang wanita berumur 50 an. Semasa saya ke tandas, saya tidak perasan dalam ada seekor tikus di dalam kolah tersebut. Tikus itu masih hidup. Dengan menggunakan air kolah itu, saya membasuh air kecil (kencing). Jadi saya risau adakah tindakan saya itu bahaya? menyebabkan terkena penyakit kencing tikus? Saya membasuh alat kemaluan saya menggunakan air yg ada tikus di dalam itu. Harap tuan/puan dapat menjawab kebimbangan saya.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, tiada kajian yang nyatakan kebahayaan menggunakan air kolah yang ada tikus. Penyakit kencing tikus hanya boleh sebar melalui makanan/air yang dicemari oleh kencing tikus.
Namun begitu, jika anda mengalami apa apa simptom yang merisaukan seperti kegatalan pada tempat kemaluan,demam, rasa pedih semasa kencing sila rujuk ke klinik dengan segera. Anda juga boleh klik pada link(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.




































