
Sulit
5 tahun
Membeli barangan online daripada Cina
Saya ada membeli barangan online daripada Cina dan ingin bertanya adakah ia berisiko untuk dijangkiti Covid-19?

5 tahun
Hai.
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID19. Virus COVID19 hidup pada permukaan selama 24 jam. Jika produk yang anda beli mengambil masa lebih daripada 24 jam untuk tiba keMalaysia, maka ia tidak berisiko menyebabkan penyebaran COVID19. Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, sila bersihkan produk tersebut menggunakan pencuci anti kuman.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini