Sulit

4 tahun

Memberontak atau mental saya ada mental illness

Hi doktor, nama saya ayu berumur 23tahun dan masih bujang. Saya mempunyai keluarga yang berpisah sejak kecil dijaga oleh nenek kini duduk bujang bersama adik beradik. Saya sering rasa macam tak ada yang ambil tahu pasal kami adik beradik ibu dan ayah hanya menjaga family masing masing tanpa hiraukan kami. Terkadang rasa marah terhadap kedua mereka. Bila ibu dan ayah ada masalah mereka sering cerita pada kami adik beradik dan saya akan mula rasa stress. Sejak kami adik beradik duduk bujang saya mula rasa diri saya cepat stress, saya tak boleh dengan orang marah marah, saya akan melenting. Saya seorang pendiam doktor jarang marah. Dan ada situasi di mana saya rasa amat stress dan jerit macam org gila saya tak kira siapa yang nampak walaupun itu ibu saya saya jerit doktor.saya akan menangis tanpa rasa malu kalau orang tengok saya. Saya juga merasakan diri saya takut pada orang ramai saya akan rimas dan rasa lebih suka bersendiri. Adakah saya tergolong dalam mana mana mental illness?

Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami keadaan sedemikian, seperti:

  • Sejarah keluarga yang buruk
  • Pengalaman pahit dan traumatik terhadap diri sendiri
  • Tekanan emosi dan stres
  • Masalah psikologi: Bipolar, kemurungan (depression) atau keresahan (anxiety)

Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Disebabkan ia merupakan masalah mental dan psikologi, kami tidak dapat memberi anda diagnosis dan anda perlu berjumpa dengan doktor dan ahli psikologi untuk diperiksa dengan lebih teliti. Rawatan dan bantuan akan diberikan berdasarkan diagnosis yang diberikan oleh doktor kepada anda.

Buat masa ini kami sarankan anda melakukan beberapa perkara di bawah:

  • Bercampur dengan rakan atau ahli keluarga yang mendatangkan aura positif kepada anda
  • Mengamalkan aktiviti yang sihat seperti bersukan dan bersenam
  • Melakukan aktiviti yang mendatangkan mood ceria kepada anda
  • Cerita masalah dan perasaan anda kepada individu yang anda percaya
  • Dapatkan rehat yang cukup
  • Melakukan latihan pernafasan dan praktikkannya sekiranya anda berasa resah
  • Elakkan perkara-perkara negatif yang boleh mengganggu emosi anda

Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi ayah anda dengan lebih terkawal dan berhasil. Sekiranya anda mempunyai kecederungan untuk meragut nyawa ataupun melakukan perkara yang boleh membahayakan keselamatan orang sekeliling, anda boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 0379568145.

Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan.

AdobeStock_116742283

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)