
Sulit
3 tahun
Membuang dengan kerap
saya mempunyai bayi berusia 60 hari dan minum susu formula. adakah normal bayi berusia 60 hari membuang 4 hingga 5 kali dalam sehari. najisnya lembut, berwarna kuning, perutnya tidak kembung, muntah susu pun cuma sedikit, penyusuan seperti biasa. adakah saya perlu menukar susu formula yang lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang kekerapan bayi membuang air besar. Untuk makluman anda, kekerapan bayi membuang air besar sebanyak 4-5 kali adalah normal. Berdasarkan keterangan anda, semuanya kelihatan normal dan tiada menunjukkan ciri-ciri masalah. Jadi tidak perlu risau dan teruskan penyusuan seperti biasa.
Jika anda mempunyai keraguan atau soalan tambahan, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.