
Sulit
3 tahun
Membuat treatment iui dan mempunyai asthma sejarah asthma guna pump Atau dptkan alat bantuan pern
Saya membuat sedang menjalankan treatment iui tapi saya mempunyai asthma yg yang terok…Tapi sya sudah mendapatkan saranan doktor atas dasar semasa melakukan iui ade satu treatment sya lakukan injection untuk lepaskan telur and suddenly I sukar bernafas.adakah saya boleh ambil vaksin Covid-19 …

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami keadaan anda dan akan cuba membantu.
Berdasarkan informasi terkini, vaksin COVID-19 adalah selamat untuk diberikan.Tambahan pula, setiap lapisan masyarakat (termasuk golongan berisiko) sememangnya digalakkan untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 agar kita dapat sama-sama hapuskan rantaian jangkitan COVID-19 atau mencegah dari penyebaran mahupun komplikasi pandemik di negara dan seterusnya dunia.Anda akan dipantau untuk masa yang lebih lama jikalau anda dalam lingkungan golongan yang berisiko
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik anda mendapatkan kepastian selanjutnya dari doktor atau doktor pakar di klinik atau hospital yang berdekatan. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, teruskan rutin kerap melakukan kebersihan tangan dengan baik, amalkan penjarakan sosial/fizikal, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP pandemik yang lain.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini