
Sulit
4 tahun
Meminta nasihat mengenai pil perancang
Saya wanita umur 20an, dan saya nak berkahwin dalam masa beberapa bulan ini, saya nak bertanya, sekiranya saya tak mahu ada anak lagi, boleh ke saya mengambil pil perancang? Dan apa effect pada saya yang tak pernah mengandung tetapi mengambil pil perancang?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, pil perancang mempunyai pelbagai jenis dan ia mempunyai cara penggunaan yang berbeza mengikut jenis tersebut. Ada jenis pil perancang yang perlu di ambil hari-hari, ada juga pil perancang yang diambil sekali sebulan.
Untuk pengetahuan anda, pil perancang mempunyai keupayaan untuk meningkatkan kadar berlakunya kanser didalam tubuh badan manusia melalui penghasilan hormon estrogen dan progesteron. Secara tidak langsung, pembentukan sel kanser akan berlaku didalam payudara. Selain itu, Pengambilan pil perancang juga boleh menyebabkan kepada kanser serviks.
Walaubagaimanapun, terdapat kajian menyatakan bahawa pil perancang akan mengurangkan kadar risiko sesetengah kanser seperti :
- Kanser Endometrium
- Kanser Ovari
- Kanser Kolon
Terdapat pelbagai kesan sampingan dan komplikasi lain mengenai pengambilan pil perancang, antaranya ialah :
- Mual
- Haid tidak teratur
- Sakit pada bahagaian payudara
- Deep Vein Thrombosis (Gumpalan darah didalam saluran Vein)
- Serangan Jantung (Heart Attack)
- Strok
Sekiranya pengambilan pil perancang membawa kepada sebarang perubahan kepada fizikal dan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan yang sewajarnya.
Untuk mengetahui lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Perancangan keluarga penting untuk kesejahteraan rumah tangga. Khidmat nasihat pakar, dapat