
Sulit
3 tahun
Mempunyai keputihan yang banyak , senggugut teruk bila period
Saya remaja perempuan yang berumur 17th , saya mempunyai keputihan yang banyak sebelum atau selepas period . Semasa period pula ,saya mempunyai senggugut yang sangat kuat . Kenapa ye doktor ?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Melalui kenyataan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah keputihan yang banyak sebelum atau selepas period. Tambahan lagi semasa period, anda mengalam sengugut yang sangat kuat. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gejala ini boleh berpunca dari beberapa faktor antaranya termasuk
- Gaya hidup yang kurang sihat
- Ketidakseimbangan hormon
- Tekanan emosi atau stres
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Endometriosis
- Sindrom polisistik ovari (PCOS)
- Polip atau fibroid rahim
- Radang pelvis ( pelvic inflammatory diseases )
- Adenomyosis
Oleh itu anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor