
Sulit
4 tahun
Mempunyai masalah ketumbuhan Jerawat tanpa mata di wajah
Sya wanita berumur 24tahun,sya mengalami ketumbuhan jerawat tanpa mata, sya tidak selesa,rsa sakit dan ia sangat menonjol, bagaimana cara yang berkesan untuk merawatnya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah jerawat yang anda hadapi. Untuk makluman anda, jerawat dapat timbul kerana pada orang yang mempunyai ciri-ciri berikut;
- Sejarah keluarga
- Merokok
- Tekanan Emosi
Ia kemudian berkembang menjadi jerawat apabila terdapat kejadian berikut:
- Peningkatan dalam produksi sebum (akibat penggunaan produk yang salah)
- Infeksi oleh bakteria (akibat kurang mencuci muka dengan benar)
- Masalah hormon seperti polycystic ovarian syndrome (diagnosis dasar yang biasanya disertai dengan masalah haid dan sebagainya)
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Justeru, untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan teliti adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih