Sulit

3 tahun

Mempunyai Masalah Mental Namun Kelihatan Normal

Salam sejahtera. Saya merupakan penuntut pengajian tinggi. Saya sering mengalami simptom seperti rasa kebas pada tubuh terutama pada tangan dan kaki dalam keadaan sangat lama, rasa risau dan takut apabila berada dalam lingkungan orang ramai, mudah marah, mudah lupa walaupun perkara baru lepas termasuk lupa nama sendiri, hari, nama kawan dan kenalan saya dll. Selain itu, saya sering berasa kawan - kawan yang lain bicara buruk tentang saya. Saya juga berasa ada kelompok guru - guru dan kawan - kawan yang bicara buruk dan melecehkan saya. Saya mudah marah dan mengamuk. Saya juga mudah terasa dan rasa bersalah pada hal kecil hingga menganggu fungsi seharian. Saya rasa malas mandi dan makan serta membuat aktiviti apapun. Kadang - kadang saya terdengar suara - suara yang saya kenali atau tidak kenali marah pada saya atau tengking saya. Saya pernah dengar suara yang saya tidak kenali beritahu bahawa dua orang kawan saya plan perkara jahat pada saya sewaktu saya hampir tertidur. Disebabkan itu saya rasa gelisah hingga terketar - ketar dan takut keluar bilik dari asrama. Saya juga sering nampak tiba - tiba almari jatuh, kerusi terbakar bahkan laptop meletup. Namun apabila saya melihat semula, tiada apa yang berlaku. Setiap keadaan yang saya berada di situ, saya nampak perkara buruk terjadi. Contohnya, saya nampak kayu pokok seperti kucing, nampak awan seperti orang, nampak selimut dan bantal seperti orang dll. Saya juga mempunyai yang saya ada kelebihan. Contohnya, saya percaya bahawa saya boleh tahu masa depan seseorang apabila saya melihat mereka. Contohnya saya ada kenal seseorang kawan perempuan saya ini dan saya amat simpati melihat dirinya… Kerana saya nampak dia apabila besar akan jadi pelacur. Saya boleh tafsir masa hadapan seseorang itu serta saya nampak keadaan dia. Kawan - kawan saya juga berkata bahawa saya bicara pelik. Mereka juga kata wajah saya seperti tiada perasaan dan hanya kosong. Saya sering ketawa dan marah tiba - tiba. Saya juga selalu berasa ada banyak serangga berjalan di tubuh saya. Tapi apa yang membuat saya terfikir, semalam… Keluarga saya baru sahaja bawa pulang saya dari kolej kerana saya buat perangai. Saya tidak tahu namun semalam pagi saya jadi takut dan terketar - ketar apabila berada di perhimpunan. Selepas itu saya jadi takut keterlaluan apabila berjalan ke kelas dan apabila berada dalam kelas… Namun saya nampak ramai orang melihat saya pelik termasuk kawan sekelas. Saya duduk di posisi sebelah tingkap dan mula mahu terjun bangunan. Saya hampir mencampak telefon saya jatuh bangunan. Saya berjalan dengan menutup muka. Waktu itu saya berfikir bahawa semua sudah tahu mengenai saya dan saya mula mengesyak macam - macam. Saya mula menangis di dalam kelas dan lari masuk tandas. Kawan saya seorang itu ikut dan pujuk saya. Namun saya mula agresif dan menengking dia. Saya juga hampir bawa keluar gunting dari beg dan hampir mencederakan dia. Namun saya mula memegang kuat tangan saya agar tidak berbuat begitu. Saya mula menjerit dan mengamuk. Dan pengajar mula datang tanya keadaan saya. Saya jadi takut hingga terketar - ketar. Saya baru sahaja 9 hari di kolej baharu dan sudah pulang semalam. Kakak saya kata bahawa pihak kolej membuat tangguhkan pengajian buat saya. Tapi saya percaya bahawa ayah saya sudah memberhentikan saya. Dan, sepanjang tempoh 9 hari itu juga saya tidak makan nasi kerana saya berasa jijik dengan situasi berkenaan. Saya juga tidak boleh fokus dan susah untuk siapkan kerja sekolah walaupun sekadar mewarna. Sebelum saya ditangguhkan, satu malam di asrama… Saya plan untuk bunuh diri dengan cara melompat dari bangunan. Namun tidak jadi. Keesokan harinya, roommate saya keluar mandi… Namun apabila dia membuka pintu, pintu terkunci dan tidak dapat dibuka sedangkan waktu itu saya berada di dalam bilik. Saya mula gelisah dan menuduh bahawa itu saya yang buat cuma saya tidak sedar. Saya sering berasa bahawa ada orang lain dalam diri saya. Dan saya percaya dia yang kawal saya. Apabila pulang di rumah, keluarga kata saya pura - pura kerana tampak normal. Saya sendiri tidak tahu. Kadang - kadang saya normal… Namun simptom saya bertambah teruk apabila saya bersendirian. Saya berasa bahawa kehidupan saya sudah gelap. Banyak kali saya berfikir untuk bunuh diri. Kehidupan saya sangat terjejas dan prestasi juga merosot. Saya takut untuk menonton televisyen apatah lagi berita kerana saya benar - benar berasa berita itu mengenai saya. Saya juga sudah padam semua akaun media sosial saya. Saya juga banyak kali tukar nombor telefon. Tapi saya ada ke klinik sewaktu di kolej. Saya jumpa doktor dan ceritakan masalah saya… Namun doktor kata bahawa saya menghidap skizofrenia. Saya masih keliru kenapa saya masih boleh berfikir waras kadang kala. Di kolej juga saya tidak mandi, makan apatah lagi beriadah. Di kelas juga saya senyap dan bersendirian serta tidak bergaul dengan kawan - kawan. Saya sangat berasa rendah diri apabila bersama mereka dan kadang - kadang saya senyap di mana - mana dan keras di tempat saya dalam kelas. Setiap malam saya tidak boleh tidur. Saya takut. Takut kerana keluarga saya semua kata saya pura - pura dan mula marah - marah saya. Mereka berkata saya pura - pura dsb. Saya sangat sedih hari - hari dan mula memasang earphone lagu rancak volume up. Kadang - kadang saya mahu membunuh ibu saya yang banyak beri tekanan dan tiada sokongan. Boleh doktor beri penjelasan?

Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.

Berdasarkan keterangan serta luahan hati anda, kami memahami kebimbangan tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:

  • Badan dan minda yang penat
  • Kemurungan atau depression
  • Keresahan dan kegelisahan atau anxiety
  • Schizophrenia
  • Masalah bipolar
  • Masalah kemurungan yang kronik

Masalah kesihatan mental perlu disiasat lebih lanjut oleh doktor pakar. Namun begitu, terdapat juga beberapa perkara yang menjadi faktor seperti:

  • Tekanan emosi
  • Sawan
  • Masalah tidur
  • Masalah pada telinga
  • Kesan sampingan ubat
  • Ketumbuhan pada otak

Memandangkan anda mempunyai masalah mendengar bisikan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor ataupun pakar. Untuk pengetahuan anda, mendengar suara atau bisikan bila tiada orang disekeliling seseorang individu dikenali sebagai halusinasi pendengaran.

Saya sangat menasihatkan anda untuk ke klinik psikiatri atau klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan segera. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:

  • cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
  • jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
  • jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
  • mendapat rehat / tidur yang secukupnya
  • percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan

Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.

Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.

Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.

AdobeStock_41699827

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)