
Sulit
3 tahun
Mempunyai masalah tekanan perasaan
Saya mengalami masalah tekanan…rsa diri x berguna…menggis setiap hari,bila ddk gn ramai org sya x tunjuk prsaan sedih…rsa nk bunuh diri n membahayakan diri … Nk muntah … Mkn x menentu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, anda mungkin mengalami kemurungan. Terdapat beberapa tanda daripada kemurungan. Antaranya adalah:
- Merasa sedih, hampa dan risau
- Merasa bersalah dan tidak berharga
- Kurang berminat dalam beraktiviti
- Mudah berasa jengkel
- Tidak bersemangat
- Ada perasaan ingin bunuh diri
- Kurang bertenaga
- Sukar untuk tidur
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri