Sulit
6 tahun
Mempunyai rantaian hubungan dengan pesakit covid19
Apa yang perlu saya lakukan jika:
Saya mempunyai contact rapat dengan seorang kawan, dan dia pernah berhubung beberapa kali dengan seorang pesakit yang pada ketika itu hanya mempunyai symptom dan belum di kenalpasti pembawa wabak. selepas 14 hari baru dia mengetahui bahawa dia positif dan memaklumkan pada rakan-rakan yang pernah berhubung dengan nya. dalam tempoh 14 hari itu, saya dengan kawan saya (yg pernah berhubung dengan pesakit tadi) berkontak rapat selama hampir seminggu.
adakah saya dan kawan saya perlu melakukan ujian swab di hospital kerana ramai pesakit sekarang tidak menunjukkan syptom mereka? adakah kami perlu kuarentin sendiri terlebih dahulu? adakah kami perlu memaklumkan kepada oarang lain yang berada di sekeliling kami juga?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih untuk soalan yang diajukan.
Rakan anda yang berkontak rapat dengan pesakit yang disahkan positif COVID-19 harus melakukan ujian COVID-19. Anda boleh teruskan memantau kesihatan anda. Sekiranya anda nekad untuk menjalani ujian, anda boleh melakukannya di hospital swasta. Kami juga menyediakan servis home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home. Anda digalakkan untuk mematuhi langkah-langkah pencegahan yang disarankan dan kurangkan interaksi dengan terlalu ramai orang buat masa sekarang.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































