
Sulit
4 tahun
Mempunyai Sejarah Kolitis 5 Tahun Lepas
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dr.
Saya ingin bertanya, saya ada sejarah kesihatan kolitis pada tahun 2016. Adakah kolitis sama dengan kolitis ulseratif?
Adakah penyakit kolitis boleh sembuh jika menjaga pemakanan dan gaya hidup ?
Terima kasih atas pencerahan dari Dr.
Sekian.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Hindari gangguan usus dengan penjagaan sistem penghadaman yang betul.
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah yang agak kronik, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan beberapa gangguan usus, termasuk
- irritable bowel syndrome
- inflammatory bowel disease
- colitis ulcerative
- chron’s disease
- dll.
- gangguan pencernaan
- dan lain-lain
Antara tabiat pemakanan yang boleh membantu terhadap kesihatan usus secara umumnya pula termasuk
- konsistensi makanan yang lembut
- jauhi makanan yang pedas atau yang boleh mengiritasi usus
- jauhi susu sekiranya anda memiliki intolerans laktosa
- makanan yang seimbang (cukup nutrisi, serat dan vitamin)
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gastroenterologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.