fadzsamsudinn
6 tahun
Mempunyai simptom covid-19 selama dua minggu
Saya wanita berumur 28 tahun. Sedang hamil dan mempunyai simptom covid-19 seperti batuk dan kesukaran untuk bernafas. Saya tidak ada sejarah perjalanan ke negara china, hongkong, jepun, itali dan korea. Akan tetapi, ibu saya kerap berkunjung ke thailand, lebih kurang seminggu 2x atas urusan perniagaan. Saya duduk serumah dengan ibu saya.
Simptom yang ada pada saya sudah hampir 2 minggu.
6 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, adalah menjadi kebiasaan untuk wanita hamil mengalami gejala kesukaran untuk bernafas lebih-lebih lagi sewaktu kandungan lebih daripada 5 bulan kerana lapisan bawah paru-paru (diaphragm) ditolak oleh kandungan di dalam perut. Namun, sewaktu musim wabak COVID-19 yang sedang menular ini, gejala seperti batuk dan kesukaran bernafas tidak boleh diambil mudah.
Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori seperti berikut:
Risiko sederhana rendah: Anda perlu menjalani kuarantin kendiri sekurang-kurangnya 14 hari. Ada juga perlu untuk memantau perkembangan kesihatan badan anda seperti suhu badan dan mengawasi sebarang simptom COVID-19 seperti batuk, kesukaran bernafas dan demam.
Risiko sederhana : Anda digalakkan untuk pergi ke hospital ataupun klinik bedekatan untuk melakukan pemeriksaan khas bagi COVID-19.
Risiko tinggi: Anda perlu untuk pergi ke fasiliti kesihatan dengan kadar segera. Sekiranya anda didapati positif COVID-19, anda akan dirujuk kepada hospital khas dan mendapatkan rawatan lanjut. Anda juga akan dikuarantin di fasilit kesihatan tersebut untuk tujuan pemantauan.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala batuk dan kesukaran bernafas boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria / virus
jangkitan kuman pada paru-paru
Radang sinus
Allergic Rhinitis
Keradangan
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal) Anda boleh bercakap terus dengan doktor KKM secara percuma bagi masalah virus ini.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































