
Sulit
5 tahun
Mencari waktu subur saya
Hai doktor, saya berusia 24tahun… Saya merancang untuk hamil tapi period saya irregular… Last period saya adalah pada 2 november hingga 8 November… Jadi bilakah start waktu subur saya ye doktor?? Adakah waktu sekarang saya dah subur??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, waktu subur wanita adalah 14 hari selepas haid tamat jika anda memiliki kitaran haid selama 28 hingga 32 hari.
Anda disarankan:
- makan asid folik 3 bulan sewaktu merancang kehamilan hingga 3 bulan disahkan hamil.
- melakukan hubungan selang 2 hari sewaktu kesuburan dan bukan hari-hari
- bersenam dan makan makanan sihat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.