Sulit
2 tahun
Mencegah kehamilan berlaku
bila kah pil peracang harus di makan selepas atau sebelum melakukan hubungan intim?dan saya mahu tahu bagai mana cara untuk mencegah dari kehamilan istri saya.saya dan istri saya melakukan hubungan intim pada minggu lepas dan berencana membatalkan untuk dia hamil bgi pendapat doktor apakah cara2 untuk mencegah istri saya dari hamil ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, penggunaan pil perancang biasanya akan berkesan selepas sekurangnya 7 hari dan sebelum hubungan intim. Untuk perlindungan yang sebaik mungkin, sila menggunakan condom untuk bulan pertama ketika pemulaan mengambil pil perancang.
Selain itu, langkah perancangan lain termasuk condom, condom wanita, pil perancang kecemasan, suntikan perancang seperti Depo-Provera, ubat perancangan implan seperti Implanon, alat kontraseptif intrauterin seperti Mirena, Copper T dan sebagainya.
Sekiranya anda ingin mengetahui langkah perancangan untuk hubungan intim pada minggu lepas, kami menyaran anda merujuk masalah ini kepada doktor. Sebab kebanyakkan langkah perancangan akan ambil masa untuk berkesan, ia tidak akan berkesan serta merta.
Untuk mengetahui langkah perancangan yang sesuai untuk anda dan isteri anda, anda boleh merujuk kepada doktor untuk membincangkan kebaikkan setiap langkah perancangan.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.