
sabila1453
5 tahun
Mendengar semua di sekeliling kuat
Sejak saya berumur 13 tahun saya mengalami sakit yang pelik iaitu saya mendengar semua di sekeliling saya kuat dan dalam masa yang sama ia mnjadi perlahan seperti radio rosak dan dalam masa yang sama juga saya mendengar suara suara yang membisik ke arah saya untuk menjatuhkan saya contoh seperti
‘baik kau mati sahaja.’
Badan saya ketika itu pasti akan menggigil.
Saya juga pernah bertindak mengikuti suara tersebut sehingga pernah untuk mengambil pisau dan cuba untuk mengerat tangan sendiri kerana saya tidak tahan mendengar suara suara tersebut mengejek saya.
Tetapi alhamdulillah setiap kali itu juga saya akan tersedar dan membaling pisau itu.
Saya lebih suka bersendirian di dalam bilik kerana saya merasakan orang di sekeliling saya termasuk keluarga membenci dan tidak memahami saya.
Saya ingin menceritakan kepada mereka tetapi mereka tidak memahami keadaan saya.
Mungkin mereka kata saya hanya membuat cerita dan hanya ingin meminta simpati sahaja.
Selepas lebih kurang 4 bulan saya sudah sihat dan tidak lagi mendengar suara suara tersebut.
Tetapi selepas 3 tahun hampir 4 tahun saya kena semula sakit tersebut dan ketika itu saya di hadapan masjid.Saya mendengar kesemuanya kuat dan dalam masa yang sama ia menjadi perlahan sama seperti 4 tahun lepas…
Jadi saya ingin mengetahui apakah sakit saya yang sebenarnya doktor?
Adakah ianya hanya kerana stress sahaja?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami ini memerlukan pemeriksaan khusus oleh pakar psikiatri bagi mengenalpasti kondisi psikosis atau skizofrenia (schizophrenia). Anda boleh ke mana-mana klinik kesihatan dan mendapatkan surat rujukan temujanji bersama pakar psikiatri bagi pemeriksaan kesihatan anda. Sekian