
Sulit
5 tahun
Mengadung kali kedua
saya mengadung czer 2018. skrg anak da 1 thun 3 bulan. Tpi sya Nk pregnant balik. boleh ke saya normal . czer dlu Sbb xbkk Jalan air ketuban doc da pecah awal… bby da lemas tu yg kne czer. ?? adakah kali kedua saya kene czer… ape perlu sya buat sye Nk normal

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, biasanya pihak kesihatan akan menasihatkan untuk menunggu 2 hingga 3 tahun setelah kelahiran secara caesarean untuk anda hamil lagi. Hal ini adalah untuk memberi kesempatan kepada rahim anda untuk recover dengan baik.
Sekiranya anda hamil lagi dalam tempoh kurang dari 2 tahun, yang boleh dicadangkan adalah untuk mengelakkan kelahiran secara normal melalui vagina. Kemungkinan besar kehamilan kali ini harus lahir melalui pembedahan caesarean juga. Hal ini adalah untuk mengelakkan risiko rahim pecah sewaktu proses meneran dan melahirkan.
Harus diketahui juga, mana-mana kehamilan setelah caesarean (walaupun lebih 2 tahun setelah caesarean) juga berisiko untuk terjadi kehamilan luar rahim mahupun plasenta accreta (apabila placenta tumbuh terlalu dalam di otot rahim).
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.