Sulit
5 tahun
Mengalami asma dan batuk batuk
Selamat malam dokter saya ingin bertanya saya mengalami asma dan batuk batuk sejak kebelakangan ini.saya ada ambil ubat pil patnosolon 4mg dan asmin 5mg bila diserang asma.tetapi sejak kebelakangan ini pil tersebut tidak berkesan dan saya terpaksa ambil nubuliser disebabkan batuk batuk sukar bernafas.dan saya perasan setiap kali saya makan udang selepas tu saya diserang asma.adakah permakanan saya itu penyebab saya diserang asma?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Berkemungkinan anda mengalami alahan dengan udang atau makanan laut yang lain sekiranya gejala sesak nafas ini sentisa berlaku selepas anda makan makanan tersebut.
Untuk mengetahui dengan tepat sama ada anda mengalami alahan dengan makan tersebut, anda boleh berjumpa dengan doktor untuk melakukan ujian skin patch.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.




































