
Sulit
4 tahun
Mengalami Batuk & selsema melebihi 3 hari
Saya berumur 45 thun.skg tgh pregnant 26wks.pd 29/12 sye ke Klinik utk rutin checkup maternity tp nurse dapati sye tidak sihat & refer ke doktor utk pemeriksaan lanjut.sye mula selsema & sakit tekak bermula pde 28/12. Setelah di periksa doktor memberi sye ubat & MC 3 hari. Tapi sye takut utk mkn ubt tersebut bimbang jejaskan pregnancy sye. Hari ini hari ke 4 sya masih belum sihat. Batuk & selsema semakin teruk.boleh ke sya minum ubat yg diberi doktor tersebut atau harus ke klinik @ hospital semula.
Nama ubat tersebut:
Diphendryl Expectorant ( Brand ROYCE)
Dos pengambilan : 10ml × 3times after meal/day

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, ubat tersebut mengandungi bahan diphenhydramine hydrochloride yang setakat ini kajian menunjukkan bahawa ianya selamat untuk ibu mengandung.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Sekiranya terdapat pertanyaan tambahan, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih