
Sulit
3 tahun
Mengalami bengkak di tempat suntikan 3 bulan untuk bayi
Anak saya baru lepas cucuk 3 bulan dan mengalami bengkak . kini sudah lebih 5 hari . dia menangis tidak berhenti dan tidur tak lena dan kurang susu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anak anda mengalami tersebut, bengkak di tempat suntikan 3 bulan untuk 5 hari boleh disebab oleh kesan sampingan umum suntikan. Gejala ini terjadi sekiranya suntikan mempengaruhi saluran darah kecil bawah kulit dan otot menyebabkan bengkak, merah dan sakit di tempat suntikan.
Kesan sampingan lain adalah seperti demam, kurang lena dan sukar tidur.
Gejala ini akan senbuh sendiri dalam sekurangnya 1 minggu, tidak menyebabkan apa-apa komplikasi. Sekira diperlukan, anda boleh guna ubat yang ditetapkan oleh doktor anda untuk mengawalkan gejala yang berkaitan.
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kanak-Kanak.