
Sulit
4 tahun
Mengalami gangguan pernafasan dan pemikiran
Assalamualaikum doktor,umur 21thn, Sya mengalami gangguan tidur ,sesak nafas bila fikirkan sesuatu masalah ,sakit kepala yg sangat teruk… Saya jg banyak kali terfikir untuk bunuh diri, terlalu penat untuk meneruskan kehidupan.sentiasa lemah dan tidak bersemangat. Tangan selalu bergetar dan saya jg susah nak kawal diri dari berasa marah mahupun mencederakan diri sendiri.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak cik. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala ingin mencederakan diri sendiri, berputus asa dengan diri sendiri, sentaisa lemah, tidak bersemangat, diiringi dengan gangguan tanagan bergetar & sakit kepala, sememangnya merupakan beberapa tanda dari gejala depresi yang sangat memerlukan bantuan dari ahli keluarga dan tenaga pakar (perubatan).
Namun perlu difahamkan ia juga boleh dikaitkan dengan kondisi seperti:
- gangguan cemas menyeluruh (baca: generalized anxiety disorder)
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan untuk menyesuaikan diri di situasi atau keadaan yang baru
- komplikasi berat dari gangguan tidur
- gangguan mental organik
- dll.
Pada hakikatnya, buat masa ini, anda haruslah mencuba untuk berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat sebagai sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cuba mengambil kekuatan untuk berceritakan keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang terdekat atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Disamping itu saya juga menyarankan anda untuk sentiasa menjauhi faktor-faktor stress, menggunakan gadget atau komputer terlalu lama, cukupkan makan/minum air, dan rehat terlebih dahulu, sebagai usaha awal untuk mengurangkan gejala-gejala sakit kepala.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.