
Sulit
4 tahun
Mengalami kandungan kantung kosong 2 kali
Saya mahu minta penerangan punca saya berlaku kandungan kantung kosong 2 kali. Pada bln 6 2020 saya disahkan gugur disebabkan tiada janin pada kandungan berusia 12 minggu 5 hari dan pada bulan 11 saya disahkan mengandung semula. Tetapi pada usia 11 minggu sekarang. Dr scan masih tiada janin dan hanya ada kantung. Dr mengatakan kandungan tidak menjadi dan memberi masa 2 minggu utk ia gugur secara semulajadi. Mengapa hal ini terjadi? Saya jadi buntu dan rasa down sbb memang ingin anak lagi. Terima kasih dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, masalah ini juga dikenali sebagai salah satu keguguran. Perkara ini telah berlaku sebanyak 2 kali. Hal ini tidak akan mempengaruhi kandungan akan datang. Namun, jika anda mengalaminya melebihi 2 kali, anda harus mendapatKan maklumat lanjut.
Keguguran yang terjadi lebih dari dua kali hanya berlaku pada 1% wanita sahaja. Hal ini kerana terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan masalah ini, seperti:
- masalah translokasi chromosome sehingga menyebabkan embrio menerima chromosome berlebihan, menyebabkan ia gugur
- kelainan struktur rahim
- fibroid, polip rahim
- Asherman syndrome - menyebabkan perlekatan dan parut rahim
- penyakit autoimun
- diabetes
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.