
Anonymous
5 tahun
Mengalami keguguran 8 minggu
saya baru di sahkan keguguran 8 minggu tapi janin masih lagi dalam perut,apa perlu saya buat doktor…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan puan, terdapat beberapa jenis keguguran seperti keguguran lengkap, keguguran tidak lengkap dan keguguran septik. Keguguran tidak lengkap yang bermakna janin tidak keluar sepenuhnya ini boleh membahayakan puan.
Oleh itu, puan disarankan untuk berjumpa dengan pakar sakit puan untuk memastikan keguguran puan adalah lengkap untuk mengelakkan komplikasi yang tidak diingini pada masa hadapan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.