
Sulit
4 tahun
Mengalami Keguguran Rambut
Saya perempuan berumur 19 tahun. Saya selalu mengalami keguguran rambut yang teruk tiap tiap hari. Adakah ini berkaitan dengan masalah kesihatan? Pelbagai syampu yang berkesan telah digunakan tetapi masih tidak berkesan serta pernah pergi rawatan rambut. Saya juga sering sakit kepala dan hampir tiap tiap hari .

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kekhuatiran anda. Untuk pengetahuan anda, masalah keguguran rambut lebih sering dialami oleh mereka yang mempunyai family history terhadap gangguan yang sama. Walaubagaimanapun, pada umumnya masalah keguguran rambut boleh juga disebabkan oleh:
- Ketidakseimbangan hormon
- Faktor genetik
- Gangguan stress yang berlebihan
- Faktor ubat-ubatan
- Penyakit atau gangguan kesihatan yang memerlukan rawatan susulan
Dapatkan supplement bagi mengurangi gejala rambut anda segera !
Sakit kepala yang anda alami boleh terkait rapat dengan keguguran rambut tersebut, namun, ia juga boleh berpunca dari penyakit yang lain seperti:
- Masalah migrain, kluster, mahupun tension (klik disini untuk info lanjut)
- Dehidrasi
- Kurang senaman atau aktiviti luar
- Gangguan stress dan emosi
- Tabiat pemakanan yang tidak sihat seperti lambat makan
- Kurang rehat atau tidur.
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
Walaupun rawatan bagi menyelesaikan punca keguguran rambut dan sakit kepala memerlukan tindakan lanjut dari doktor pakar, anda boleh mendapatkan supplement bagi merangsang pertumbuhan mahupun mengurangi keguguran rambut, serta berusaha meringankan sakit kepala tersebut. Namun yang demikian, anda tetap digalakkan untuk menghubungi kami bagi mendapatkan informasi yang lebih lanjut. Sila klik di link tersebut. ( DoctorOnCall )