
Anonymous
6 tahun
Mengalami Kencing berdarah
Hi doktor. Saya sorang wanita yang berumur 24 tahun dan masih bujang. Sejak 2 hari lepas, saya mengalami kencing berdarah. Pada mulanya saya fikirkan itu adalah darah haid saya tetapi apabila saya memakai tuala wanita, tiada setitik kesan darah pun di situ. Dan saya perasan darah itu hanya keluar ketika saya membuang air kecil sahaja. Juga terdapat ketulan ketulan darah yang keluar bersama dgn kencing saya. Dan kencing berdarah itu hanya keluar ketika permulaan saya kencing. Selain itu, bahagian tapak kaki saya juga sering mengalami sakit sakit kebelakangan ini. Adakah ia berbahay doktor ?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Air Kencing Berdarah yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar dipanggil “microscopic hematuria”. Antara penyebabnya adalah:
- Jangkitan kuman dalam saluran kencing
- Masalah batu karang
- Masalah prostat bagi lelaki
- Penyakit buah pinggang
- Masalah pembekuan darah
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.