
Sulit
3 tahun
Mengalami keputihan berketul
saya wanita dlam 20an dan sdah berkahwin.saya mngalami keputihan berwarna putih/jernih dan berketul tetapi tidak terasa gatal atau pedih.adakah ini normal?dan adakah wanita yang akan hamil akan mengalami keputihan setiap hari?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami keputihan yang berwarna putih/jernih dan berketul tanpa kegatalan atapun rasa pedih. Kami akan cuba membantu anda.
Seperti yang ada sedia maklum, keputihan bolehs berlaku secara kerap sewaktu hamil. Keputihan jernih/putih juga boleh berlaku pada waktu subur, terutamanya ketika ovulasi. Jika anda sering mengalami keputihan yang diringi dengan bau yang tidak menyenangkan, dan diiktkan dengan kegatalan, sebaiknya anda merujuk kepada doktor kerana ia boleh menandakan jangkitan kuman. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.