
Sulit
4 tahun
Mengalami keputihan hijau ketika hamil
Saya wanita berusian awal 20an, sedang hamil dgn kandungan usia 25 minggu 5 hari. Saya mengalami keputihan yang berwarna hijau dan berketul. Saya tahu itu bukan perkara yang normal, boleh saya tahu ubat apa yg boleh hilangkan keputihan yersebut?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
Keputihan fisiologi
Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
Jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia/sifilis/trikomonas sekiranya anda pernah melakukan hubungan seks rambang
Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh lakukan beberapa kaedah seperti:
Krim antikulat bagi jangkitan kulat
Antibiotik untuk jangkitan penyakit kelamin
digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
Kerap tukar pakaian dalam anda
Jaga kebersihan kelamin
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.