
Sulit
5 tahun
Mengalami kesakitan di sekeliling lubang dubur
Assalamualaikum
Saya seorang lelaki berumur 37 tahun.Sejak 2-3 hari lepas saya mendapati lubang dubur saya sedikit bengkak,dan agak sakit bila hendak bergerak.Dalam masa yang sama,saya mengalami kesukaran untuk membuang air besar,saya terpaksa 'teran’najis tersebut,dan ia cukup sukar.Saya juga mendapati terdapat cecair jernih disekeliling lubang dubur itu.Keadaan tersebut membuatkan saya kerapkali pergi ke tandas untuk membuang air besar.Harap doktor dapat membantu saya.Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Irritable bowel syndrome
- Sindrom Radang usus Inflammatory Bowel Disease
- Pilonidal Sinus
- Buasir
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.