
Anonymous
5 tahun
Mengalami Kesukaran untuk bernafas
hello doktor. saya sering mengalami gejala sukar untuk bernafas. tetapi tiada rasa sakit di dada. bila saya tarik nafas rasa macam tak mencukupi. saya tak boleh tarik nafas dalam dalam. sampaikan saya menarik dan menghembus nafas melalui mulut. sukar untuk menarik dan menghembus melalui hidung. apabila keadaan berhawa dingin contohnya di dalam kereta, saya mudah untuk mengalami sukar untuk bernafas. Saya wanita berumur 20 tahun

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, gejala yang anda nyatakan tentang masalah adalah kurang jelas. kami memerlukan maklumat lebih lanjut tentang gejala tersebut sebelum kesimpulan boleh dibuat. Namun begitu, antara perkara yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah:
- Asma
- Jangkitan paru-paru
- Radang paru-paru atau saluran pernafasan
- Anemia ( kurang darah merah)
- Masalah jantung
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.