Sulit
3 tahun
Mengalami masalah berak berdarah secara bnyak dan menitik nitik
Saya wanita berumur 21 tahun. Sejak kebelakangan ini. Saya sering berak keluar darah yang menitik nitik. Tetapi buasri saya x keluar. Dah di dubur saya akan rasa pedih bila najis mahu keluar. Adakah ia bahaya?. Apa yang patut saya lakukan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus
Rectal ulser
Masalah pendarahan
Kanser usus
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sukar untuk saya membuat kesimpulan sam ada ianya bahaya atau tidak. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.