Sulit
4 tahun
Mengalami masalah di bahagian pinggang
Saya wanita 24 thn. Saya sudah hampir seminggu sakit bahgian blkang di belah tepi sisi kanan badan. Apabila saya berjalan atau tidur mengiring ia akan sakit dan saya sukar utk tarik nafas dalam. Saya sudah 2 kali ke klinik KK. Dan masih belum dapat kenal pasti pemasalah yang berlaku. Saya hanya akan makan ubat tahan sakit jika terlalu sakit. Tetapi sehingga hari ini masih tidak hilang sakit di bahagian yang sama. Boleh beri saya pendapat apa yang perlu saya lakukan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit pinggang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hernia nucleus pulposus (HNP) - apabila bantalan tulang belakang terkeluar sehingga menekan saraf dan menimbulkan kesakitan
- Sciatic nerve pain - keradangan saraf sciatic
- Spondilolisthesis - apabila salah satu tulang belakang bergerak ke depan
- Spondilytis - sejenis keradangan tulang belakang
Sebetulnya, bagi membezakan diagnosis kesemua masalah yang disenaraikan diatas, adalah memerlukan pemeriksaan lanjut. Malah, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.