Sulit
5 tahun
Mengalami masalah hidung berdarah
Adik saya mengalami hidung berdarah pada waktu petang dan malam. Adakah ia merupakan antara simptom penyakit covid19 atau tidak ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Menurut laporan WHO, berikut merupakan gejala lazim bagi jangkitan coronavirus ini:
Demam (lebih dari 37.5 celcius)
Batuk
Sesak nafas
Sakit badan
Maka gejala yang adik anda alami tidak merujuk kepada jangkitan COVID-19. Untuk makluman pihak anda, masalah hidung berdarah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
menghembus hidung dengan terlalu kuat- terutamanya waktu hidung tersumbat misalnya semasa selesema teruk atau rhinitis.
cuaca persekitaran panas terik- menyebabkan badan kita menjadi kering dengan cepat dan menyebabkan mukosa dalam hidung mengalami kekeringan. Justeru itu, apabila seseorang menghembus nafas terlalu kuat maka ia akan membawa kepada pendarahan.
jangkitan bakteria atau virus- selesema akan menyebabkan keradangan dalam hidung sekali gus menyebabkan kepecahan saluran darah dalam hidung.
berlaku sebarang trauma kepada bahagian hidung- struktur dalam hidung cedera atau pun sebarang impak fizikal yang kuat.
pertumbuhan luar biasa dalam hidung
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.




































