
Sulit
3 tahun
Mengalami masalah lambat haid
Saya berumur 24 tahun, saya mengalami masalah tidak datang haid. Kali terakhir haid adalah pada 28/4/2021. Kitaran cycle saya tidak menentu. Ada yang selepas 85 hari. Saya juga mengalami masalah putih2 di luar miss v. Apakah solution yang patut saya buat

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah kitaran haid tidak teratur dan keputihan di faraj. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala kitaran haid tidak teratur boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- tekanan emosi
- stress
- aktiviti harian yang sibuk atau aktiviti fizikal yang berat
- masalah berat badan
- masalah tiroid atau pituitari
- masalah rahim, ovari atau serviks
Selain itu, keputihan di faraj yang anda alami boleh disebabkan oleh jangkitan bakteria, virus atau yis , ketidakseimbangan hormon, gaya hidup yang tidak sihat, ataupun masalah kesihatan.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan